HOME                                

KOLEKSI NASYID   

BACAAN ALQURAN

LAGU MELAYU 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sabda Rasulullah : "Lakukanlah ketaatan kepada Allah SWT dan takutilah daripada melakukan maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu melakukan suruhan-Nya dan yang demikian itu akan memelihara anak-anak kamu dan kamu daripada api neraka"


 

Harap maaf!!! Laman ini telah di pindah ke laman yang lain dibawah geocities  atas sebab yang tidak dapat di elakkan. Oleh itu, anda bolehlah lawat ke www.geocities.com/ijatonline/index.htm untuk mendapatkan data-data atau maklumat homepage ini secara lebih tepat dan terperinci 

MASUK

 

 

 

 

 

 

 

Warisan

 

Ya kau kata tidak pernah terkena

Mana ada manusia yang manis semua-mua,

Ada yang manis muka, hatinya cuka

Atau yang masam wajah sukmanya syurga.

 

Warna manusia enak kalau di bicara

Tapi jawapannya kau cari – ah tak ada,

Kerana kau manusia yang mengutuk buruk dunia

Kerana kau hidup satu kutuk mesti berbela.

 

Jadi, harus di cari di mana satu matlamat buta

Boleh kita tunjal supaya dahinya mengeyakan kita,

Ini kiah berjalan lalu nanti ada angkatan

Berkata: Kami sekarang buatan lepas segala ikatan.

 

 

Melayu Raya

 

Salib keris ke muara nan tiba

Seloka di ambang teja

Karib seroja di tepian kali cipta

Para penyair meniti senja

 

Menguntum sayang ibuku sayang.

Pengail bertolak bimbang

beberapa kurun melepas alun sawang

berapa gurun gembala tak datang.

 

Petani mengelek benih

Anak perawan mulai berkasih

Pulang gembala bertanjak putih

 

Berlari-lari mereka ke denai

Petang’lah sampai ke pantai

Senyumlah di hati rang – muda kirai!

 

Salib keris ke muara nan tiba

Karib penyair ke dusun pala.

 

Menguntum sayang ibuku sayang

‘Dendang Mak Inang’ sama di lenggang

 

 

 

Hang Tuah

 

Sesalnya bermula dari sikap Si Jebat

Yang enggan menjadi payung istana

Dengan ayunan kaki yang lemah

Meredah hutan sesal yang aneh

Bunga mawar dalam taman larangan

Memerhatikan dengan rasa terharu

Ia cuba melemparkan hatinya

Ke daun cendana hijau

Dan Gunung Ledang menjadi saksi

Pokok padi berbuah lalang

 

Setianya menjadi jarum

Yang menempa baju sultan Melaka

Adunan indah pakaian berabad

Adik di nanti menjadi hempedu kijang

Buat santapan raja berdaulat

Di atas singgahsana yang unggul

Dengan tangannya yang perkasa

Di letakkannya perlahan tengkolok kurniaan

Sejuta kata terpendam di hati

Merasa segala kesal yang menjadi.

 

Di hutan ia menoleh ke batu dingin

Yang mengalirkan air turun ke daun

Betapa murni setianya seorang hulubalang

Melangkah juga ia sendiri

Keluar dari perkarangan istana

Rumput-rumput pun mulai tumbuh

Dalam jantung yang semakin sempit

Duri-duri pun mulai menajam

Di rumpun belukar di dalam mata.

 

Wira

 

Nilai

Melangkah ke sana. Berapa redup dan gelap

Semakin dalam dia masuk. Ia tidak pandang

Dirinya bangsawan atau maharaja tapi kosong

 

Sewaktu menuju nilai, biar betapa sukar

Memasuki pusat panas, menuju arah yang

sama juga. Jika ada orang lain menuju ke sana,

Itulah kawanku, kawan seiring jalan, katanya,

Kawan yang merangsang approachnya, dan

Hatinya tak merasa gelap,cemburu,marah

Tidak akan menahan approach orang lain,

Tapi merangsang buat melonjak, melonjak

Lebih tepat. Selalu menolak dengan segala

Daya agar mereka tidak bisu,kaku.

 

Baginya: Nilai tidak buatnya. Tak dimintanya.

Tapi buat orang lain. Nilai perbuatannya

buat mereka. Semua orang jadi lebih baik,

Lebih langsung, rasa lebih baik.

Biarlah semua orang lebih nilainya.

 

Kesabaran adalah jiwanya. Bahawa kesabaran

mencernakan persoalan,memancarkan nilai demi nilai

Menungkil rahsia dari mustahil.

 

            Ia bangkit dari keberanian mencuba

            Memang dalam percubaan,

            Itu perkara lain

 

 

                        Dewan sastera

                                Nov 1973

 

 

Seniman Kemerdekaan

 

Seperti muntah terluah

Kemudian di jilat kembali

Dimeterikan dalam wajah kebudayaan

Tulang belulang satu kemerdekaan.

 

Kemudian dalam sebuah pesta,

Mereka ciptakan lagu indera,

Mengatasi tujuh petala cinta,

Tiada bintang sempat menggamit.

 

Mereka yang lagi sempat bertanya,

Meredah angin pagi menyakapannya,

Sebab dalam sebuah sandiwara,

Mereka jadi pelakon utamanya.

 

 

 

 

 

 

Akan kemana seniman kemerdekaan,

Akan diharungnya tujuh lautan,

Menyampang menyapa bila sempat menyapa,

Dalam tangan milik keturunan,

Yang sempat tersapa jemu memaling muka.

 

Ini hak milik keturunan kita,

Dalam diam orang-orang di belakang ketara.

 

 

Malam Menyambut Kemerdekaan

 

Serasa malam ini terus terang benderang

Wajah kolam dan tasik tersenyum gemilang

Burung malam lincah menghirup udara nyaman

Malam menyambut kemerdekaan seluruh negara begitu

                 mengghairahkan

 

Hari ini usia genap sepuluh tahun

Gamat dan ghairah di ibu kota

Pusat kemegahan tanahairku Malaysia

Hiduplah mereka dengan penuh gembira

 

Hari ini anak peladang di tengah sawah

Malam dan siang tidak ada bezanya

Tiada mercun dan tiada bunga api

Cuma lagu sayu mengukur diri

 

Betapa gamatnya di ibukota

Cuma khabarnya mencecah telinga

Pun di hati berbangga dengan sekudus doa

Betapa besar cintanya tak berbunga

Hidup matinya di tanahair tercinta

 

Hati ini satu harapan mengutum

Tika senang dan susah sama-samalah menanggung

 

 

Sabak Bernam

31 0gos 1967                                                                         Dewan Masyarakat

                                                                                                September 1967