|

| |
Allah berfirman : "Aku telah
mewajibkan ke atas umatKu sembahyang lima waktu dan berjanji kepada diriku,
bahawa barang siapa rajin melakukannya tepat pada waktunya akan Aku masukkan ke
dalam syurga".
Cara
Membina Laman Web Menggunakan Microsoft Front Page
PENGENALAN
1. Microsoft FrontPage 98
ada dua; FrontPage Explorer dan FrontPage Editor.
2. FrontPage Explorer – satu
website, atau ibarat sebuah rumah yang mempunyai pelbagai tools di
dalamnya untuk membolehkan kerja-kerja penulisan, import bahan, export bahan
dan proses uploading laman web dibuat.
3. FrontPage Editor – Aplikasi
khusus untuk menulis dan mereka-cipta laman-laman anda.
4. Untuk permulaan, anda perlu
lancarkan FrontPage Explorer terlebih dahulu.
5. Apabila sudah dicipta satu website
dalam local hard-disk, barulah boleh anda lancarkan FrontPage Editor
untuk menulis.
MEMULAKAN
FRONTPAGE 98
A- Lancarkan FrontPage Explorer (Cipta Website)
B- Menulis di FrontPage
Editor
A - Lancarkan
FrontPage Explorer
1. Klik ikon FrontPage Explorer
di Desktop atau di Program Files
2. Satu paparan window seperti rajah di
bawah akan keluar.

3. Tick pada Create a New
FrontPage Web, klik OK.
4. Kemudian, kotak dialog New FrontPage Web akan
keluar.
Pada langkah yang kedua (no. 2), isikan tajuk FrontPage Web anda
seperti dalam contoh, klik OK.

5. FrontPage akan minta Name and
Password. Masukkan username dan password yang anda pilih
semasa proses installing Microsoft FrontPage
98.

6. Apabila nama dan kata laluan yang
betul dimasukkan, paparan window seterusnya akan menjadi seperti
rajah di bawah.

7. Dalam Navigation – Laman Web
Mazuki Izani, terdapat kekotak yang dilabelkan sebagai Home Page,
Interest, Photo Album dan Favorites.
8. Walau bagaimanapun, anda boleh
tukarkan namanya kepada nama yang disukai. (Right-click pada kotak
yang berkenaan, ambil arahan Rename dan namakannya)
9. Setiap kotak tersebut mewakili
setiap halaman di FrontPage Editor.
10. Jika anda double-click salah
satu daripada kotak-kotak tersebut, FrontPage Editor akan dilancarkan
secara automatik.
11. Di bawah Navigation – Laman Web
Mazuki Izani tadi, adalah Contents of
‘http://user/lamanwebmazuki/’ iaitu kandungan fail-fail dan folder
yang terdapat dalam website Laman Mazuki Izani.
12. Dalam bahagian View di
sebelah kiri window, terdapat ikon-ikon seperti Folder, All Files,
Navigation, Hyperlinks, Hyperlinks Status, Themes dan Task. Anda boleh
klik ikon-ikon tadi untuk melihatnya sepintas lalu.
13. Double-click kotak Home Page
(main page) untuk memulakan penulisan.
Membuka FrontPage Editor
Apabila anda double-click pada Home
Page tadi, window FrontPage Editor akan dibukakan untuk anda
seperti rajah di bawah.

Paparan yang keluar adalah contoh yang
diberi.
Anda boleh ubahsuai kandungannya dengan kandungan anda sendiri.
Page tersebut menggunakan tema (theme)
Global Marketing. Untuk mengubah tema tersebut, sila
right-click dan pilih Themes… Di sana anda boleh pilih tema
manakah yang paling disukai, klik OK dan lihat kesannya.
Jika tidak mahu menggunakan tema, pilih This Page Does Not Use
Themes.
Dengan operasi right-click juga anda boleh
ambil menu Shared Borders, kalau tidak mahu menggunakan Shared
Border, tick Set For This Page Only, kemudian tick
Top, Left.
Sebagai contoh, sila right-click, ambil
menu Themes… dan pilih This Page Does
Not Use Themes.
Right-click lagi, ambil menu Shared
Borders, , tick Set For This Page Only, kemudian
tick Top,
Left.
Sekarang page tersebut menjadi
kosong. Anda boleh
mula menulis sekarang.
B - Menulis di FrontPage
Editor
1. Tulis SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SAYA
2. Seperti
dalam Composer, anda boleh ubahsuai fontnya, saiz, warna,
kedudukan dan sebagainya dengan menggunakan menu Format.
3. Untuk memasukkan animasi, highlight perkataan yang berkenaan, ambil menu Format ?
Animation.
4. Untuk melihat kesannya, klik tab Preview di kiri
sebelah bawah.
5. Untuk melihat hasil kerja anda dalam bahasa HTML, klik tab
HTML.
6. Jika anda inginkan
background warna atau imej, ambil
menu Format ?
Background…
7. Jika anda inginkan background yang memakai tema
tertentu, ambil menu Format ? Theme…
8. Ambil menu Format ? Bullets and
Numbering jika anda inginkan satu-satu perenggan itu dalam bentuk list/senarai.
Menggunakan menu
Insert

Line Break -
Untuk mengurangkan jarak antara dua baris ayat/perkataan dengan menekan
papan kekunci Shift+Enter
Horizontal Line – Garis
Lintang. Highlight garis tersebut dan right-click untuk melihat propertiesnya yang membolehkan anda mengubahsuai
ketebalannya, warnanya, kedudukannya dsb.
Symbol – Simbol-simbol yang disediakan
oleh FrontPage adalah seperti rajah di bawah
:

Timestamp –
Untuk memasukkan tarikh terkini apabila satu-satu laman diedit atau diupdate. Ianya bekerja secara
automatik. (lihat rajah di bawah)

File – Semua
fail akan diconvert ke dalam bentuk HTML
Image
– Untuk memasukkan imej. Kotak
dialog akan keluar (seperti rajah di bawah). Klik pada ikon Windows Explorer
untuk mencari lokasi imej di dalam komputer anda. Jika imej tersebut adalah
Clip Art daripada Microsoft Office, klik pada Clip Art. Jika imej
tersebut berada di remote location atau di internet, taipkan URLnya
di ruang URL yang disediakan. Jika imej tersebut berada di scanner, klik
Scan. Jika anda masih gagal, klik butang Help.

Clip Art – clip
art daripada Microsoft Office.
Active
Elements

Hover Button – Butang Link
yang dibina menggunakan Java
Banner Ad Manager – Banner yang digunakan untuk
iklan….gambarnya silih berganti mengikut kuantiti gambar yang diset dan
masa yang ditentukan.
Marquee – Tulisan yang bergerak-gerak secara
horizontal samada berbentu scroll, slide atau alternate. (aktif hanya dalam IE
sahaja)
Search Form – Digunakan untuk mencari satu-satu
perkataan dalam satu website.
Hit Counter – Kaunter pembilang yang membilang
jumlah pengunjung ke satu-satu laman.
Video – boleh dimasukkan fail yang berbentuk
video.
FrontPage Component
Form
Field
On-Line Text Box
Scrolling Text Box
Check Box
Radio Button
Drop Down Menu
Push Button
Image
Label

Advanced

Java Applet
Plug-In
ActiveX Control
Script
Hyperlinks –
atau Link dalam Netscape Composer
Membuat Image Map (Peta
Imej)
1. Fungsi peta imej ini ialah
menyambungkan sesebuah laman anda ke laman yang lain.
2. Lihat contoh imej di bawah
:
3. frgtr
4. gftrv
5. gtf
6. Untuk membuatnya, hala kan cursor pada imej berkenaan dan klik satu kali.
7. Secara automatik Image
Toolbar akan muncul di bahagian bawah window FrontPage.
8. Klik pada ikon hotspot,
samada yang berbentuk empat segi, bulatan atau poligon.
9. Lakarkan di atas imej yang
dikehendaki.
10. Selepas anda habiskan lakaran,
secara automatik kotak dialog Create Hyperlink keluar.
11. Taipkan URL atau fail manakah yang
akan dilinkkan kepada.
12. Klik OK.
13. Klik butang Preview dan klik
imej tadi untuk mengujinya.
14. Jika dengan klikan itu membawa anda
ke laman yang anda link kan sebelum ini, maka itu bermakna anda telah
berjaya mencipta Image Map.
MENDAPATKAN
TEMPAT / HOST / SERVER / FREE WEB SPACE
Terdapat banyak host yang menyediakan ruang
percuma untuk laman web anda. Meskipun begitu mereka bebas meletakkan iklan
mereka di laman web yang kita berdaftar dengannya. Anda boleh pilih laman web/
host mana yang anda suka. Antara laman web yang menyediakan space percuma
ialah :
1. GEOCITIES http://www.geocities.com/
(11MB)
2. XOOM.COM http://www.xoom.com/ (tanpa limit
MB)
3. TRIPOD.COM http://www.tripod.com/ (11
MB)
4. HYPERMART http://www.hypermart.net/ (10
MB)
5. VIRTUALAVE http://www.virtualave.net/ (10
MB)
6. ANGELFIRE http://www.angelfire.com/ (5
MB)
7. FSN.COM http://www.fsn.com/ (20 MB)
8. FORTUNECITY http://www.fortunecity.com/ (20
MB)
9. NETTAXI http://www.nettaxi.com/ (3 MB)
10. THEGLOBE.COM http://www.theglobe.com/ (6
MB)
11. WEBJUMP http://www.webjump.com/ (25
MB)
12. Lain-lain (seperti 50megs.com, FreeServers.com,
TopCities.com, WebProvider.com, Internet Trash, MyNetCentral, Netcolony.com,
HttpCity.com, Qwik Pages, CafeProgressive.com, Escalix Free Web Space,
Dencity.com, 20m.com, Stas.Net, Bounceweb.com, InfoTeam, Ostriches On Line ,
ACMEcity, Spree.com, WebSpawner, ProHosting, FreeDrive, NAMEzero dll.)
* Pembelajaran di sini akan menggunakan host
xoom.com sebagai contoh.
1. Lancarkan browser internet dan taip http://www.xoom.com/ di lokasi alamat.
2. Dalam laman Xoom, lihat di sebelah kiri window,
terdapat kotak menu Members, klik pada Join Now, pilih
Unlimited Webspace dan ikuti langkah-langkah (4 steps) yang
ditetapkan (Anda akan diminta isikan e-mail anda, jadi sebolehnya-bolehnya
anda telah pun mempunyai e-mail sendiri. Seboleh-bolehnya e-mail percuma
seperti hotmail, yahoomail, mailcity, mesra.net dsb, bukannya tm.net sebagai
untuk memudahkan kerja)
3. Apabila selesai melengkapkan semua borang, tunggu
e-mail yang dihantar kepada anda.
4. E-mail tersebut amat penting kerana tanpanya akaun
anda di xoom tidak akan dapat diaktifkan.
5. Sila ikuti arahan dalam e-mail tesebut, iaitu klik
pada URL yang ditentukan untuk mengaktifkan akaun anda.
6. Setelah aktif, barulah anda boleh upload hasil kerja anda ke
remote server.
UPLOAD / PUBLISH WEBPAGE
1. Buka FrontPage Explorer dan ambil menu
File ? Publish FrontPage Web seperti
dalam rajah di bawah.

2. Pada kotak dialog Publish, klik pada More Webs

3. Isikan tempat kosong yang disediakan dengan lokasi
xoom dan username anda. Klik
OK.

4. Isikan nama FTP server iaitu xoom.com ( seperti
rajah di bawah ) dan tinggalkan kosong ruang Directory Path. Klik
Next.

5. Kemudian akhir sekali, tuliskan username
anda dan juga password. Klik
Finish.

6. FrontPage sekarang bersedia untuk upload website anda ke xoom.com dan ini mungkin mengambil masa yang agak
lama (kerana first upload), bergantung juga kepada PC anda.
SELAMAT MENCUBA
Disediakan oleh :
A. Aizat Zakaria SMK Telok Datok 4 Mac 2002
*Nota Kursus Membina Laman Web bagi
pensyarah-pensyarah Politeknik
Tutorial Tambahan :
1. Membina Laman Web Dengan Menggunakan Microsoft
FrontPage 98 http://westwood.fortunecity.com/hermes/727/Melayu/index.htm
2. Cyberpage http://www.userworld.com/users/Mhafiz/java.htm
2. BroTech http://www.geocities.com/Heartland/Ridge/2791/broilhamnewnet.htm
3. Panduan Membina Laman Web http://www.geocities.com/TheTropics/5802/homepage.htm
4. IWDC http://www.geocities.com/CollegePark/Field/7878/course/html.html
5. C Programming Page http://www.geocities.com/SiliconValley/Vista/2459/tutoridx.htm
kembali ke atas
Perhatian : Sebahagian data
dalam tutorial ini sudah out of date. Misalnya contoh upload menggunakan server
xoom. Ini adalah kerana server tersebut sudah pun ditutup (tutup kedai) beberapa
bulan yang lalu. Perisian 'pindah-naik' yang saya syorkan ialah Cute
FTP (yang saya gunakan sekarang) atau mana-mana FTP software. [Peringatan ini
bertarikh 4 Disember 2001, memandangkan ramai yang menggunakan tutorial ini.
Insya-Allah saya akan sediakan tutorial untuk FrontPage2000 tidak lama lagi,
sebagai salah satu nota kertas-kerja saya untuk dibentangkan di Pusat Bahasa
Shah Alam nanti.]
|